NADI ILMU AMALAN MEMBACA

-

Tuesday, March 6, 2012

PENDAFTARAN PESERTA DAN SESI SUAI KENAL TOKOH NILAM DAN KEM PENULIS MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2012


SANDAKAN, 05 MAC ; Buat julung-julung kalinya, daerah Sandakan telah terpilih sebagai tuan rumah untuk pelaksanaan Karnival NILAM Peringkat Negeri Sabah 2012 bertempat di SMK Agama Sandakan. Seramai 53 orang peserta yang terdiri daripada 18 orang Tokoh NILAM dan 35 orang Kem Penulis Muda telah mendaftarkan diri. Para peserta diiringi oleh 19 orang Guru Pengiring yang terdiri daripada Guru Perpustakaan & Media (GPM) Sekolah dan Penyelaras NILAM Sekolah.

6 bahagian di negeri Sabah iaitu bahagian Tawau, Beaufort, Keningau, Kota Kinabalu, Kota Belud dan Sandakan telah menghantar penyertaan mereka ke Karnival NILAM yang berlangsung selama 5 hari bermula 5 hingga 9 Mac 2012. Semua peserta mendaftar di Meja urus setia. Sesi pendaftaran dimulakan oleh peserta dari bahagian Sandakan seawal pada jam 1.45 petang dan diakhiri oleh bahagian Kota Kinabalu yang mendaftar pada jam 6.00 petang. Penginapan semua peserta dan Guru Pengiring telah disediakan oleh pihak Urusetia di Asrama SMK Agama Sandakan.


Tayangan Gambar Aktiviti

0 Komen Rakan NILAM:

Post a Comment