NADI ILMU AMALAN MEMBACA

-

Featured Posts

Tuesday, March 13, 2012

KERATAN AKHBAR BERKAITAN MAJLIS PENUTUPAN PENANGGUHAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH 2012


Berita mengenai Majlis Penutupan Penangguhan Anugerah NILAM Peringkat Negeri Sabah 2012 pada 08 Mac 2012 di Dewan Sri Libaran Sandakan.

Keratan Akhbar ' SABAH TIMES ' - Jumaat, 09 Mac 2012






Wednesday, March 7, 2012

PERSEMBAHAN BERKUMPULAN BAGI PESERTA TOKOH NILAM DAN PENULIS KEM MUDA


Persembahan berkumpulan telah dijalankan di Bilik Al-Kauthar bermula pada jam 08.00 malam sehingga 10.00 malam. Mereka dibahagikan kumpulan dengan kumpulan Sandakan, Kumpulan Kota Kinabalu, Kumpulan Beaufort, Kumpulan Kota Belud, Kumpulan Keningau dan Kumpulan Tawau.


RAPTAI PENUH MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KARNIVAL NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2012


Acara raptai penuh Majlis Penutupan Karnival NILAM Peringkat Negeri Sabah bagi Tahun 2012 telah diadakan di Dewan Serbaguna Libaran, Sandakan. Acara ini bermula pada pukul 1.30 petang dan dikendalikan oleh En.Shamiun Bin Salleh, Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Sabah. Dalam taklimat ringkas yang disampaikan, beliau mengharapkan agar semua pihak dapat bekerjasama dalam menjayakan raptai tersebut.

SESI JEJAK MAKLUMAT BAGI PESERTA TOKOH NILAM DAN KEM PENULIS MUDA PERINGKAT NEGERI


Akitiviti ini telah bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Sekolah dan Pusat Sumber SMK Agama Sandakan . Para peserta telah di bahagi kepada 6 kumpulan mengikut daerah masing-masing. Seramai tiga orang pelajar sekolah menengah dan tiga orang pelajar sekolah rendah telah ditempatkan dalam satu kumpulan.



SESI JEJAK NILAM BERSAMA BEBERAPA TOKOH NILAM YANG TERDAHULU MELALUI (VIDEO CONFERENCE) DENGAN MENGGUNAKAN 'SKYPE'


Peserta Tokoh NILAM sangat bertuah kerana dapat bersama-sama dengan Tokoh NILAM Kebangsaan pada Tahun 2008 iaitu Cik Bessima Jamal Dargham. Beliau telah memberikan beberapa tips penting untuk persediaan ke Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri. Antara tips beliau adalah 'Yakin pada kebolehan diri sendiri, Tonjolkan kelebihan diri yang tidak ada pada orang lain dan membuat persediaan mental yang secukupnya.

Tuesday, March 6, 2012

SESI PENILAIAN UJIAN BERTULIS DAN UJIAN LISAN BAGI SEKOLAH MENENGAH & SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2012


Pada hari Selasa - 06 Mac 2012, Ujian dimulakan sesi Penilaian Bertulis bagi Sekolah Menengah dan Rendah yang dijalankan di Bilik Tayangan/APD. Ujian Penulisan yang pertama adalah Bahasa Melayu daripada jam 7.20am - 8.20am dan kemudian ujian penulisan dalam Bahasa Inggeris daripada jam 8.35am-9.35am. Pengesanan kemahiran mengulas atau memberikan pendapat ( Penulisan ) dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwakili panel Hakim iaitu En.Patrict Peter Muji daripada BTPN Sabah. Manakala Bagi segmen Pengesanan Kebestarian dan Pengesanan Pengetahuan diwakili oleh 2 orang panel hakim iaitu En. Khamis daripada Jemaah Nazir Daerah sandakan dan Pn. M.Y Leung daripada Perpustakaan Wilayah Sandakan.

PENDAFTARAN PESERTA DAN SESI SUAI KENAL TOKOH NILAM DAN KEM PENULIS MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2012


SANDAKAN, 05 MAC ; Buat julung-julung kalinya, daerah Sandakan telah terpilih sebagai tuan rumah untuk pelaksanaan Karnival NILAM Peringkat Negeri Sabah 2012 bertempat di SMK Agama Sandakan. Seramai 53 orang peserta yang terdiri daripada 18 orang Tokoh NILAM dan 35 orang Kem Penulis Muda telah mendaftarkan diri. Para peserta diiringi oleh 19 orang Guru Pengiring yang terdiri daripada Guru Perpustakaan & Media (GPM) Sekolah dan Penyelaras NILAM Sekolah.