NADI ILMU AMALAN MEMBACA

-

Wednesday, March 7, 2012

RAPTAI PENUH MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KARNIVAL NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2012


Acara raptai penuh Majlis Penutupan Karnival NILAM Peringkat Negeri Sabah bagi Tahun 2012 telah diadakan di Dewan Serbaguna Libaran, Sandakan. Acara ini bermula pada pukul 1.30 petang dan dikendalikan oleh En.Shamiun Bin Salleh, Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Sabah. Dalam taklimat ringkas yang disampaikan, beliau mengharapkan agar semua pihak dapat bekerjasama dalam menjayakan raptai tersebut.


Hadir serta dalam acara raptai penuh ini Ketua Penolong Pengarah, BTPN Sabah, Pegawai Pelajaran Daerah Sandakan dan Timbalnya, para pengetua dan guru besar sekolah-sekolah di sekitar Daerah Sandakan.

Beberapa buah sekolah dari Daerah Sandakan turut terlibat secara langsung dalam menjayakan raptai penuh tersebut. Antaranya SMK Muhibbah, Sandakan yang dianggotai seramai 53 orang pelajar dan 2 orang guru pembimbing. Kumpulan ini akan mempersembahkan beberapa buah lagu termasuk lagu Tema NILAM sempena Karnival NILAM Peringkat Negeri Sabah Tahun 2012. SMK Perempuan, Sandakan pula akan mempersembahkan sebanyak 4 jenis tarian sepanjang Majlis Perasmian Penutupan itu nanti. Mereka dianggotai seramai 9 orang penari dann 3 orang guru pembimbing. Selain daripada itu, terdapat persembahan bercerita murid tahun 4 dari SK Merpati, Sandakan.

Acara berakhir pada pukul 4.40 petang, selepas KPP, BTPN Sabah dan pegawai Pelajaran Daerah Sandakan berpuas hati dengan perjalanan raptai Majlis Perasmian Penutupan yang diadakan.

0 Komen Rakan NILAM:

Post a Comment