NADI ILMU AMALAN MEMBACA

-

Tuesday, March 13, 2012

KERATAN AKHBAR BERKAITAN MAJLIS PENUTUPAN PENANGGUHAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH 2012


Berita mengenai Majlis Penutupan Penangguhan Anugerah NILAM Peringkat Negeri Sabah 2012 pada 08 Mac 2012 di Dewan Sri Libaran Sandakan.

Keratan Akhbar ' SABAH TIMES ' - Jumaat, 09 Mac 2012






Wednesday, March 7, 2012

PERSEMBAHAN BERKUMPULAN BAGI PESERTA TOKOH NILAM DAN PENULIS KEM MUDA


Persembahan berkumpulan telah dijalankan di Bilik Al-Kauthar bermula pada jam 08.00 malam sehingga 10.00 malam. Mereka dibahagikan kumpulan dengan kumpulan Sandakan, Kumpulan Kota Kinabalu, Kumpulan Beaufort, Kumpulan Kota Belud, Kumpulan Keningau dan Kumpulan Tawau.


RAPTAI PENUH MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KARNIVAL NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2012


Acara raptai penuh Majlis Penutupan Karnival NILAM Peringkat Negeri Sabah bagi Tahun 2012 telah diadakan di Dewan Serbaguna Libaran, Sandakan. Acara ini bermula pada pukul 1.30 petang dan dikendalikan oleh En.Shamiun Bin Salleh, Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Sabah. Dalam taklimat ringkas yang disampaikan, beliau mengharapkan agar semua pihak dapat bekerjasama dalam menjayakan raptai tersebut.

SESI JEJAK MAKLUMAT BAGI PESERTA TOKOH NILAM DAN KEM PENULIS MUDA PERINGKAT NEGERI


Akitiviti ini telah bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Sekolah dan Pusat Sumber SMK Agama Sandakan . Para peserta telah di bahagi kepada 6 kumpulan mengikut daerah masing-masing. Seramai tiga orang pelajar sekolah menengah dan tiga orang pelajar sekolah rendah telah ditempatkan dalam satu kumpulan.



SESI JEJAK NILAM BERSAMA BEBERAPA TOKOH NILAM YANG TERDAHULU MELALUI (VIDEO CONFERENCE) DENGAN MENGGUNAKAN 'SKYPE'


Peserta Tokoh NILAM sangat bertuah kerana dapat bersama-sama dengan Tokoh NILAM Kebangsaan pada Tahun 2008 iaitu Cik Bessima Jamal Dargham. Beliau telah memberikan beberapa tips penting untuk persediaan ke Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri. Antara tips beliau adalah 'Yakin pada kebolehan diri sendiri, Tonjolkan kelebihan diri yang tidak ada pada orang lain dan membuat persediaan mental yang secukupnya.

Tuesday, March 6, 2012

SESI PENILAIAN UJIAN BERTULIS DAN UJIAN LISAN BAGI SEKOLAH MENENGAH & SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2012


Pada hari Selasa - 06 Mac 2012, Ujian dimulakan sesi Penilaian Bertulis bagi Sekolah Menengah dan Rendah yang dijalankan di Bilik Tayangan/APD. Ujian Penulisan yang pertama adalah Bahasa Melayu daripada jam 7.20am - 8.20am dan kemudian ujian penulisan dalam Bahasa Inggeris daripada jam 8.35am-9.35am. Pengesanan kemahiran mengulas atau memberikan pendapat ( Penulisan ) dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwakili panel Hakim iaitu En.Patrict Peter Muji daripada BTPN Sabah. Manakala Bagi segmen Pengesanan Kebestarian dan Pengesanan Pengetahuan diwakili oleh 2 orang panel hakim iaitu En. Khamis daripada Jemaah Nazir Daerah sandakan dan Pn. M.Y Leung daripada Perpustakaan Wilayah Sandakan.

PENDAFTARAN PESERTA DAN SESI SUAI KENAL TOKOH NILAM DAN KEM PENULIS MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2012


SANDAKAN, 05 MAC ; Buat julung-julung kalinya, daerah Sandakan telah terpilih sebagai tuan rumah untuk pelaksanaan Karnival NILAM Peringkat Negeri Sabah 2012 bertempat di SMK Agama Sandakan. Seramai 53 orang peserta yang terdiri daripada 18 orang Tokoh NILAM dan 35 orang Kem Penulis Muda telah mendaftarkan diri. Para peserta diiringi oleh 19 orang Guru Pengiring yang terdiri daripada Guru Perpustakaan & Media (GPM) Sekolah dan Penyelaras NILAM Sekolah.

Thursday, March 1, 2012

MESYUARAT PEMBENTANGAN JAWATANKUASA KERJA ANUGERAH NILAM NEGERI DI SK TINUSA JAYA


Mesyuarat pembentangan tersebut telah berlangsung di makmal komputer SK Tinusa Jaya. Antara yang telah hadir ialah Ketua Penolong Pengarah BTPN Sabah En. Bolong @ Mohd. Darwis, Timbalan Pengarah JPN sabah, Pn. Hjh. Maimunah Bt Suhaibul, Timbalan PPD Sandakan, En. Zaini Bin Hj. Sahadan serta AJK yang terlibat daripada BTPN Sabah, PPD dan Pengetua serta Guru Besar Sekolah Daerah Sandakan.

Wednesday, February 22, 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH BIL.2/2012


Mesyuarat yang telah berlangsung Bilik Mesyuarat, PKG Sandakan.






SENARAI PEMENANG ANUGERAH NILAM BAHAGIAN SANDAKAN 2012


KATEGORI : SEKOLAH RENDAH BANDAR

1. Arni Nazeha Bt Azahar - SK ST Mary Convent, Sandakan
2. Nurfarah Faiqah Bt Daud - SK Taman Rimba, Sandakan
3. Nur Anisa Bt Zullkefle - SK Sungai Anib 3, Sandakan
4. Nurina Binti Awang Sahari - SK Muhibbah, Sandakan

Wednesday, February 15, 2012

Tuesday, February 14, 2012

SEKITAR PERJALANAN AKTIVITI PEMILIHAN NILAM PERINGKAT DAERAH SANDAKAN


1. PENGESANAN KEMAHIRAN MEMBACA ( 25 %)

( Calon hendaklah membaca teks yang disediakan dalam tempoh yang ditentukan berhubung dengan isu-isu pengetahuan am,sains,seni, sukan dan lain-lain )


Tuesday, February 7, 2012

PEMILIHAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH SANDAKAN BG TAHUN 2012


Program Pemilihan Anugerah NILAM Peringkat Daerah Sandakan Bagi Tahun 2012 akan diadakan di Pusat Kegiatan Guru Sandakan pada 13 Februari 2012. Antara sekolah-sekolah yang terlibat adalah :




MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH BIL.1/2012



Pada 09 Februari 2012, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja mengenai Anugerah NILAM Peringkat Negeri Sabah akan diadakan di PKG Sandakan. Antara agenda yang akan dibincangkan adalah :




MESYUARAT PENYELARASAN BAHAN PEMILIHAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH SANDAKAN 2012


Pemilihan Anugerah NILAM Peringkat Daerah Sandakan telah diadakan di PKG Sandakan pada 03 Februari 2012. Antara peserta yang telah hadir adalah Tn. Hj. Soje Abd. Hassan, KU Pengurusan Akademik, PPD Sandakan, En Ali Rahman Hj. Arshad Penolong Pegawai, PPD Sandakan, EN Azmy Hj. Ahmad, PTP 1 PKG Sandakan dan juga GPM sekolah yang terlibat.


MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA KERJA KARNIVAL NILAM NEGERI SABAH.


Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Kerja untuk Karnival NILAM Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di bilik mesyuarat PKG Sandakan pada 25 Januari 2012. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Datuk Dr. Haji Muhiddin Bin Yusin, Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Antara agenda yang di bincangkan adalah :