NADI ILMU AMALAN MEMBACA

-

Wednesday, March 7, 2012

SESI JEJAK MAKLUMAT BAGI PESERTA TOKOH NILAM DAN KEM PENULIS MUDA PERINGKAT NEGERI


Akitiviti ini telah bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Sekolah dan Pusat Sumber SMK Agama Sandakan . Para peserta telah di bahagi kepada 6 kumpulan mengikut daerah masing-masing. Seramai tiga orang pelajar sekolah menengah dan tiga orang pelajar sekolah rendah telah ditempatkan dalam satu kumpulan.



Aktiviti ini telah terbahagi kepada lima segmen. Segmen pertama dikenali sebagai segmen Ketahanan Fizikal. Didalam segmen pertama ini pelajar di kehendaki melalui tiga halangan permainan. Halangan pertama pelajar dikehendaki memasukkan bola tenis dan pingpong kedalam baldi. Halangan kedua, meniup belon sebanyak empat biji dan dikehendaki meletupkan sekurang-kurangnya sebiji dari empat biji belon tersebut. Halangan terakhir, pelajar dikehendaki membawa bola ping pong dengan sudu dan memasukkannya kedalam gelung. Kedua, segmen isu semasa. Ketiga segment, adalah segmen pemikiran kreatif iaitu membina Logo 1 Malaysia. Segmen ke empat uji minda dan segmen akhir adalah segmen pembacaan dan laporan.

Terdapat seramai dua belas hakim terlibat untuk menghakimi setiap kumpulan di bahagi kepada dua kategori iaitu Kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. Seorang pegawai segmen telah dilantik untuk membantu pelajar dan hakim dalam melaksanakan aktiviti.

Aktiviti jejak maklumat telah berakhir pada jam 11.30 pagi.

0 Komen Rakan NILAM:

Post a Comment